Berniaga, ramai org kata berniaga boleh untung, ada juga yang kata berniaga boleh rugi. bagi saya perniagaan dah sebati dalam diri saya termasuk suami. Hampir 8 tahun kami menceburkan diri dlm bidang perniagaan. Turun naik, pasang surut, suka dan duka, bukan mudah berniaga, walau sesusah mana sekali pon berniaga, bisness tetap sebati dengan kami.
Asal sebut tentang perniagaan perkara pertama yang akan terfikir mesti nama perniagaan. Sama dengan kami juga macam - macam jenis nama kami pernah gunakan. sebut jew bab letak nama bisness, haaaa keluar lah mcm - mcm nama, naik pening kadang tu.
Alhamdulilah, dalam islam pon mementingkan istiqamah, maka kami dah mengmbil kata putus, bahawa hanya ada 2 perniagaan buat masa ini yang akan kami cuba kembangkan dengan satu pengurusan. En suami dengan PUSAT PERUBATAN ISLAM (AL-BAITUSYIFA') dan saya dengan fotography dengan nama COPIIgRAPHY dibawah satu bumbug pengurusan BAITIJANNATI (rumahku syurgaku :) )
COPIIgRAPHY tentu nak tahu apa maksud yer kan. heheheheh disebabkan konsep perniagaan kami pon konsep mementingkan ikatan kekeluargaan dan di sebabkan kami ada sepasang anak comel. Maka kami tuju kan bisness nie tuk mereka, cari punya cari, lahirlah nama COPII dari istilah roman yanag bermaksud ANAK - ANAK. Kakak dan Adek bila dah besar nnt igt lah bisness nie adalah titik permulaan dari kamu sayang. mami tak letkkan puterigraphy ataupun dyiagraphy, mami nak kamu tahu semua yer adalah kerana anak2 kami, kami nak rasai dengan sama rata.
InsyaAllah untuk anak2 mami, mami akan usaha sehabis baik selagi ada daya usaha. Mami nak kamu tahu yang kami buat sehabis uasaha demi kamu. Kami tidak mengaharapkan y kamu akan mewarisi perniagaan kami, kami tahu belum tentu minat kamu sama seperti kami, mungkin kamu juga ada cita2 yang akan kamu iadamkan. pergi lah sayang kecapi impian kamu, mami akan laksanakan amanah ini sehabis baik sayang.
Hanya satu y kami perlukan dari kamu doakan kejayaan kita bersama. LUV U ALL ketat2 >*<
No comments:
Post a Comment