Tiada topik yang khusus tuk saya bercerita cuma ingin bercerita secara santai tentang blog yang baru saya buat nie. Kerja saya sebagai fotografer dan editor mungkin bukan sebuah bidang yang profesional, tapi saya sayang akan kerja nie walaupon ada kalanya orang lain memandang enteng, tapi saya bangga semuda usia nie dah punya perniagaan sendiri yang dibina dengan usaha sendiri. Mampu mengajikan pekerja sendiri tanpa makan gaji. Alhamdulilah.
Mungkin cerita tentang perjalanan perit getir dalan bisness saya cerita di entry yang lain. Kalau anda ke blog Fotografer yang lain mungkin akan ada cerita tentang gambar saja, tapi di sini saya nak terapkan cerita saya bersama family dan customer, kalau boleh saya nak blog nie sentiasa di hati saya bersama cerita suka dan duka saya bersama anda sebagai customer dan family saya juga.
Saya nak anak-anak saya baca bila tiba masanya nanti, kerana apa yang saya buat sekarang adalah kerana mereka. Nama pon dah mengambarkan anak-anak..
Saya nak syarikat ni akan kekal dalam ingatan mereka kerana terbinanya semangat dalam syarikat ini adalah kerana mereka. Saya sebagai mummy nak anak-anak mummy tau yang sesibuk mana mmy dalam menguruskan macam-macam urusan tapi anak-anak tetap no one dalam hati mummy.
That y mummy ambik keputusan untuk letakan nama copiigraphy yang bermaksud anak-anak. Mummy nak anak-anak mummy berkembang ceria seiring copigraphy berkembang juga. Sedaya upaya mmy akan cuba menulis entry demi entry untuk bisness dan anak-anak.
Tujuan mmy hanya satu, mmy nak anak-anak mmy tahu bertapa pentingnya kamu disisi kami. Bahawa kamu adalah nyawa kami, seperti mana pentingnya customer pada mmy mcm itu juga kamu.
Mummy nak kamu baca blog ni, mmy nak kamu tahu kasih sayang mmy dan ddy pada kamu. Kami sangat2 sayang kamu. :) We loVe u all foRever (sayu yer hati mmy)
Mummy akan bersama anak-anak mummy, saya juga akan bersama customer yang banyak memberi kan support kepada kami.
Salam sayang
HaIsaH
No comments:
Post a Comment